Lima lagi kes positif COVID-19 varian Omicron dilaporkan di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, beberapa jam selepas kes yang sama dikesan di Minnesota dan Colorado.
Gabenor New York Kathy Hochul ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media lewat Khamis, berkata pegawai masih mengumpulkan butiran mengenai kes itu.
“Tidak perlu cemas … kami tidak mempunyai maklumat lanjut buat masa ini, tetapi kami syaki akan lebih banyak kes lagi selepas ini,” katanya.
Kes jangkitan Omicron yang pertama di AS dilaporkan di California pada Rabu membabitkan individu yang baru pulang dari Afrika Selatan.
Berikutan itu, pentadbiran Presiden Joe Biden pada Khamis mengumumkan beberapa langkah baharu untuk memerangi virus itu.
What's your reaction?
Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0