Local News

Hidap Penyakit Asma Sejak Usia 4 Tahun, Ilham Perlu RM3,000 Untuk Beli Katil Dan Mesin Sedut Kahak

Nikmat sihat sememangnya adalah rezeki terindah yang perlu disyukuri kerana tidak semua orang memperolehinya. Ada sesetengah yang diuji dengan pelbagai penyakit sejak dari kecil lagi.
Seperti yang dialami oleh Danish Ilham yang mengalami masalah sakit asma sejak berusia empat tahun.
Melalui perkongsian Natipah Abu, kesihatan Danish semakin merosot apabila menginjak usia. Dia yang kini berusia 11 tahun memerlukan bantuan untuk membeli katil khas dan mesin untuk menyedut kahak.
SEDEKAH JUMAAT
DANISH ILHAM BIN NORAZLA – 11 TAHUN.
KATIL KHAS & MESIN SEDUT KAHAK.
KEPERLUAN RM3K
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521
Kisah Ilham pernah kita kongsi di sini Julai lalu. Ketika itu .. Ilham dalam keadaan kritikal dan kita ada menghulurkan sumbangan buat meringankan ibunya.
Hikayat hidup Ilham … dia dilahirkan normal seperti anak-anak yang lain namun ketika usianya 4 tahun, Ilham mula mengalami masalah asthma.
Sejak itulah … bermulanya perjuangan llham sebagai pengidap asthma kronik yang selalu keluar – masuk wad.
Namun .. keadaannya tidaklah berlarutan. Biasanya selepas dua atau tiga hari di wad, Ilham akan kembali sihat. Sehingga usianya 10 tahun .. Ilham membesar sama seperti anak normal yang lain.
Di celah perjuangannya … ketika usianya 7 tahun, rumah tangga kedua ibu bapanya runtuh. Perpisahan yang melanda itu bukan saja telah memisahkan Ilham dari ayahnya .. bahkan juga memisahkan dia dan adik perempuannya bila ayah akhirnya membawa adik pergi dari hidup Ilham sejak setahun yang lalu.
Awal 2019 .. dalam usia 10 tahun, Ilham menyatakan hasrat untuk belajar di sebuah tahfiz. Kata Ilham .. dia ingin membela nasib dan masa depan ibu dgn menjadi anak yang soleh.
Itulah janji Ilham yang terngiang-ngiang di telinga ibunya sampai hari ini. Tidak lama kemudian .. ibu pun bertemu jodoh baru dan Ilham sangat gembira kerana ketika dia dikelilingi rakan-rakan di tahfiz .. ibu sudah tidak lagi sendirian di rumah.
11 Jun 2019
Segala yang indah tu berakhir tiba-tiba bila anak yang sedang belajar di pusat tahfiz ini diserang asthma sekali lagi. Itulah detik yang telah menjadi titik tolak bermulanya tragedi sedih dalam hidup Ilham. Ilham tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan ke hospital.
Bila tiba di bahagian kecemasan, pihak hospital mendapati Ilham sudah tidak bernafas lagi. Jantungnya telah berhenti berdegup.
Bertungkus-lumus para doktor memberikan CPR. Alhamdulillah .. hayat Ilham masih panjang, dia dapat diselamatkan. 10 hari dia koma dan berada di PICU selama 18 hari, doktor pun memaklumkan kepada si ibu bahawa harapan untuk Ilham sembuh seperti sediakala sangatlah tipis kerana masalah kerosakan otak.
Oksigen yang tidak sampai ke otak telah meragut fungsi pancaindera Ilham. Hancur luluh hati ibu bila doktor memaklumkan, kini Ilham telah lumpuh, buta dan juga bisu.
Sejak itu, Ilham yang dulunya seorang anak yang lincah, periang dan disenangi semua .. hanya mampu terlantar kaku. Berat badannya ketika itu tinggal 15kg saja.
Bermula di situlah … sudah setahun Ilham meneruskan hidup hanya berbekalkan susu khas yang diberi ibu melalui tiub di perut, mengikut jadual yang ditetapkan.
Julai baru-baru ini… Ilham sekali lagi dikejarkan ke hospital dan berada keadaan kritikal di ICU dan diberi bantuan pernafasan. Ketika itu juga …Doktor telah memaklumkan bahawa tiada lagi CPR untuk Ilham kali ini sekiranya sesuatu terjadi. Ternyata Ilham seorang anak yang kuat . Alhamdulillah … hari ini Ilham telah stabil akhirnya dan telah diberi kebenaran utk pulang ke rumah setelah genap dua bulan di wad.
Namun keadaan Ilham tidak sama seperti dahulu lagi. Kalau dulu .. Ilham minum susu dari tiub di perut, kini Ilham perlukan sebuah mesin minum susu. Ilham tidak boleh menyusu secara biasa lagi …
Mesin yang harganya melebihi RM4K telah dipanjangkan kepada ZAKAT dan sedang diproses dengan kadar segera.
Selain itu … Ilham juga perlukan sebuah katil khas dan sebuah mesin sedut kahak. Ibu sebagai seorang surirumah dan ayah baru yang tidak berpendapatan tetap itu, memang tidak mampu menyediakannya.
Atas sebab itulah … Sedekah Jumaat kita hari ini kita niatkan utk membeli sebuah katil khas automatik dan sebuah mesin sedut khas buat insan terpilih , Danish Ilham Bin Norazla.
Pembelian semua keperluan tersebut akan dibuat secara terus dengan pembekal dan akan dihantar terus ke rumah Ilham.
Semoga dengan sumbangan kita hari ini .. dapatlah memberikan keselesaan buat insan terpilih ini.
Jumaat yang barakah ….
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sumber: Natipah Abu

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

Comments are closed.

More in:Local News