Local News

“Tercedera Di Bahagian Triangle Death,” Wanita Ini Kongsi Detik Anak Kecilnya Terjatuh Di Eskalator

Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak-anak kecil mereka terluka namun terkadang ia tidak mampu untuk dielakkan walaupun sudah dijaga sebaik mungkin.

Kejadian ini dialami oleh Khairunnisa Hamzah yang menghadapi detik-detik cemas apabila anak perempuannya terjatuh ketika menaiki eskalator.

Melalui perkongsiannya di Facebook, kejadian itu bermula apabila anaknya, Aiyraa memegang kaca penghadang eskalator dan menyebabkan tapak tangannya melekat sehingga dirinya tertarik ke belakang.

Khairunnisa pada awalnya menyangka bahawa anaknya hanya mengalami luka biasa sahaja, namun luka yang terdapat di dahi kanak-kanak itu telah menjadi lebih teruk. Lebih merisaukan, Aiyraa mengalami kecederaan di bahagian Triangle Death. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Nenek Aiyraa minta Mommy bagi tahu ramai orang yang Aiyraa sedang sakit.

Minta tolong sebanyak mungkin acik-acik kawan Mommy doakan Aiyraa 

Siapa follow Mommy mesti tahu kisah kami ter ke gunung pada hari Ahad yang lalu.

Rupanya nak jadi kisah.

Hari Isnin, sebelum menjelang tengah hari, Aiyraa terpelanting jatuh ekskalator ke bawah dalam 3 anak tangga lalu dahinya jatuh menghentam dulu menujah garisan tajam pada landasan tangga.

Aiyraa menjerit dengan kuat. Ngeri 

Puncanya dari Aiyraa pegang kaca penghadang ekskalator lalu tapak tangannya melekat dan dirinya tertarik ke belakang.

Punca lagi satu ialah kerana dia toleh ke belakang selepas kakaknya bergurau ke adik-adik kata bukan ekskalator ni lah kita kena naik.

Gurauan di ekskalator menyebabkan Aiyraa, 3 tahun jadi mangsa. Terpelanting jatuh dan mukanya menghempas anak tangga 

Menangis Mommy ceritakan ni.

Tapi, Mommy ceritakan juga sebab nak minta ibu ayah hati-hati.

Kalau boleh, kita yang anak ramai ni, naiklah lif. Jangan naik ekskalator.

Bencana boleh jadi sekelip mata saja.

Yang Mommy nak ceritakan ialah, jangan disangka selepas jatuh tak nampak cedera kita ingat tidak ada apa-apa.

Boleh baca kronologi kecederaan Aiyraa selepas jatuh ekskalator pada lampiran gambar :

 

Melalui perkongsian terbaru Khairunnisa, Aiyraa kini berada di dalam proses pemulihan.–Siakap keli

 

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

Comments are closed.

More in:Local News