Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menganjurkan Cabaran “Menulis nama-nama 266 perwira yang korban dari Tugu Negara Malaysia berdasarkan ingatan” untuk disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
Dalam Majlis Perasmian, Datuk Seri Dr. Chai Kee Kan (K.K. Chai) berkata kita semua dapat berkongsi pertalian pada hari ini, berkumpul di Tugu Negara, satu monumen lambang penghormatan kepada askar yang terkorban ketika mempertahankan dan memperjuangkan kemerdekaan negara (khususnya semasa Perang Dunia Kedua dan darurat Malaya) semasa penjajahan Jepun (1948 – 1960). Tugu tersebut merupakan arca kumpulan tertinggi di dunia, diperbuat daripada gangsa, dengan 266 nama perwira diukir di atasnya. Jasa perwira ini diabaikan atau dilupakan oleh sebab kita
semua sibuk dengan kerja.
Untuk menyedarkan puluhan juta orang, kita perlu mengingati perwira-perwira ini yang terkorban. Atas saranan, Pengerusi Jawatankuasa Program, Datuk Ada Poon KLCAH menganjurkan “menulis nama 266 perwira yang terkorban dalam perjuangan dari Tugu Negara Malaysia berdasarkan ingatan”. Ini akan dicabar oleh pakar memori terkenal, Kingsley Chew Kin Meng, dan disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
Secara khususnya, kami menganjurkan program ini dengan objektif berikut:
a) Harap rakyat Malaysia dan orang ramai, terutamanya anak-anak muda kita, tahu bahawa sebelum Malaysia merdeka, ramai perwira hebat mengorbankan nyawa mereka untuk melindungi negara.
b) Sebagai satu usaha dan gerakan untuk mengukuhkan semangat patriotisme untuk mempertahankan negara dalam apa-apa jua keadaan.
c) Beritahu rakyat Malaysia dan pelancong bahawa terdapat Monumen Negara atau Tugu Negara di bandar Kuala Lumpur untuk mengingati perwira-perwira yang terkorban (termasuk semua pemimpin negara, pegawai kerajaan, tentera laut, tentera darat dan tentera udara, polis, bomba, anggota perubatan, guru, dan sebagainya).
d) Mewujudkan satu rekod yang “mencabar penulisan nama 266 perwira terkorban (kepada pemergian gemilang kita) 1914 – 1918, 1939 – 1945,1948 – 1960 untuk merangsangkan semangat patriotisme.
e) Antara langkah pasca COVID-19, program ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pejuang barisan hadapan yang berkhidmat kepada negara kita.
f) Saksikan pakar memori, Kingsley Chew, pemegang rekod Malaysia, yang juga merupakan orang yang memperbaharui Rekod Dunia Guinness pada 2019.
Bukan kali pertama KLCAH anjur program patriotisme
Pada 17 Julai 2020, bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan Negara yang ke731, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH) telah memberi penghormatan khas kepada Datuk Paul Kiong, bekas pegawai polis Unit Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah berkhidmat dengan pihak polis selama 40 tahun dan telah mengambil bahagian dalam perjuangan barisan hadapan menentang Parti Komunis Malaya (PKM).
Pada masa itu, PKM dibahagikan kepada Kumpulan Operasi Hutan dan Pasukan Sokongan Bandar, yang mana PKM bertanggungjawab untuk
membekalkan semua makanan dan peralatan, dan strategi polis adalah untuk menyekat bekalan ini supaya ahli-ahli PKM di dalam hutan boleh berinsaf dan pulang ke masyarakat. Kami juga berharap membawa jasa pahlawan ini kembali ke mata rakyat dan memberi pendedahan kepada golongan muda tentang bagaimana perintis Cina telah memainkan peranan mereka dalam pembinaan negara.
Datuk Seri KK Chai mengingatkan kita bahawa buku teks sejarah bagi sekolah rendah dan menengah sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah beransur-ansur melenyapkan sejarah rakyat Cina Malaysia. Sejarah Yap Ah Loy, Loke Yew, Yap Kwan Seng, dan pencapaian besar perintis Cina yang tidak terkira banyaknya dikecualikan dalam buku teks sejarah.
KLCAH berkata kandungan buku teks sejarah baharu bagi tingkatan satu hingga lima disifatkan terlalu berat sebelah. KLCAH amat prihatin dan rasa sedih apabila melihat buku teks sejarah yang ditulis menerusi pandangan hanya satu kumpulan etnik dan gagal melibatkan etnik Cina dan etnik-etnik lain dalam buku teks sejarah. Kami berharap lebih ramai sejarawan akan tampil dan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan jawatankuasa sukatan pelajaran dalam membetulkan masalah ini.
Mereka perlu mengambil serius akan isu itu, membetulkan dan menulis semula kandungan berdasarkan fakta sejara yang berasaskan akademik serta menghormati sejarah dan semangat “Satu Keluarga”.
Selain imbas kembali, perlu pandang masa hadapan
Dalam masa beberapa hari lagi ialah hari penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Umum (GE) Malaysia ke-15. Ini adalah penting bagi sebuah negara demokrasi. Kita, terutama anak-anak keturunan Cina, mesti mengambil peluang ini untuk memilih Kerajaan yang baik dan bertimbang rasa kepada rakyat. Selagi kita berada di KLCAH, pendirian politik kita adalah neutral. Namun, kami ingin menyeru golongan muda yang diberi hak mengundi secara automatik buat kali pertama supaya memandang serius terhadap kertas undi anda yang akan menentukan masa depan anda dan anak-anak anda.
Sekali lagi, kami berharap golongan muda ini supaya memandang serius Pilihan Raya Umum (GE) ini dan mengundi Pemerintah yang baik! Dengan kelulusan Seksyen Protokol Jabatan Perdana Menteri, kita telah berjaya menganjurkan program ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Beh Sang How, Pengarah Perpaduan Negeri, Encik Sukri Bin Omar Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional WPKL, (JPNIN WPKL) Kingsley Chew Kin Meng, pakar memori terkenal, Dr. Chang Peng Kee, Ketua Jawatankuasa Perpaduan Nasional Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH), Datuk Ada Poon, Pengerusi Jawatankuasa Program, dan Kwan Hoe Shen, Setiausaha Eksekutif, atas kerja keras semua dalam menjayakan program ini.