News

Rakyat menghadapi cabaran termasuk kenaikan harga barang, inflasi, dan kos sara hidup yang terus meningkat Dato Chew Han Keai berharap kerajaan mendengar suara rakyat

Petaling Jaya : Ketua Sayap Bersekutu Petaling Jaya serta Setiausaha Sayap Bersekutu Negeri Selangor Parti Pribumi Bersatu Dato Chew Han Keai berharap agar kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri mendengar suara rakyat, memahami kehidupan rakyat, dan menjadikan pencarian kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan mereka.
Beliau menyatakan bahawa rakyat kini menghadapi pelbagai cabaran, termasuk kenaikan harga barang, inflasi, dan kos sara hidup yang terus meningkat. Tambah pula dengan pelbagai peningkatan cukai, kenaikan harga air dan elektrik pada tahun ini, peniaga-peniaga berdepan dengan cabaran yang serius.
Beliau menunjukkan bahawa berdasarkan laporan terkini dari The Edge, kekuatan dolar AS yang berterusan telah menyebabkan permintaan ringgit tidak mencukupi, menyebabkan ringgit melemah berbanding dolar AS pada hari Isnin. Pada jam 9:05 pagi Isnin, nilai tukaran ringgit kepada dolar AS adalah 4.7570/7620 berbanding dengan penutupan hari Jumaat yang lalu pada 4.7155/7185.
Beliau berpendapat bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih proaktif dan inisiatif untuk merangsang dan mendorong aktiviti ekonomi tempatan, dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan peniaga di Selangor. Ini akan membolehkan warga Negerai Selangor mengatasi kos sara hidup yang tinggi dan mengurangkan tekanan hidup.
Beliau menegaskan, “Rakyat dan peniaga kini berada dalam situasi yang mencabar. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor perlu berunding untuk memberikan bantuan yang paling tepat kepada rakyat, mengurangkan tekanan yang dihadapi rakyat sekarang, dan merancang untuk masa depan yang lebih baik.”
Pernyataan ini dikeluarkan selepas beliau bersama Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Dr. Afif Bahardin, melawat dan berbual dengan peniaga dan orang awam di pasar lama P.J. Beliau menyatakan bahawa berdasarkan maklum balas peniaga, terdapat banyak aspek yang perlu ditingkatkan di pasar lama P.J., tetapi kerajaan negeri sering mengabaikan permintaan dan masalah peniaga.
Beliau juga menyuarakan kekecewaan terhadap pengumuman terkini oleh Exco Negeri Selangor, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato Ng Suee Lim, yang menyatakan bahawa mulai tahun ini, cukai pintu akan dicaj semula kepada kampung Cina, kampung tradisional, dan kampung nelayan di Selangor. Ini menunjukkan ketidakberpihakan kerajaan negeri Selangor terhadap rakyat, dengan menambah beban kehidupan rakyat pada masa yang sukar ini.
“Selepas ini, hanya penduduk B40 yang akan terus menikmati keistimewaan cukai bebas. Tetapi bagaimana dengan golongan pendapatan sederhana iaitu M40? Bagaimana mereka akan menghadapi tekanan hidup ini? Kerana golongan M40 yang juga menghadapi tekana hidup dan kos kehidupan yang tinggi, tetapi mereka lah yang sentiasa tertinggal. ” tegasnya.
Beliau berkata, sejak tahun 2016, negeri Selangor telah melaksanakan dasar cukai pintu bebas untuk kampung Cina, kampung tradisional, kampung nelayan, dan penduduk rumah kos rendah. Namun, mulai tahun ini, hanya keluarga rumah kos rendah yang akan terus mendapat manfaat dari dasar tersebut, dan ini dapat dianggap sebagai pukulan kepada rakyat pada masa ini.
Berdasarkan statistik daripada 12 pihak berkuasa tempatan, terdapat 317,400 unit kediaman di kampung Cina, kampung tradisional, dan kampung nelayan di Selangor, di mana ramai daripada mereka adalah golongan pendapatan sederhana. Golongan ini tidak akan mendapat manfaat daripada dasar cukai pintu bebas yang baru diumumkan.

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

Comments are closed.

More in:News