News

Teresa Kok : Menteri Wilayah Persekutuan Haruslah Memberi Sebab Tentang Rasional DBKL Melarang Pembukaan Pasar Pagi Terbuka Tetapi Membenarkan Perniagaan diteruskan di Pusat Penjaja, Pasar Berbangunan dan Bazaria  Dalam Tempoh PKP

Menteri Wilayah Persekutuan Haruslah Memberi Sebab Tentang Rasional DBKL Melarang Pembukaan Pasar Pagi Terbuka Tetapi Membenarkan Perniagaan diteruskan di Pusat Penjaja, Pasar Berbangunan dan Bazaria  Dalam Tempoh PKP Berkuatkuasa 1 Jun – 14 Jun 2021
====================================================
Saya terima aduan daripada penjaja pasar pagi terbuka berkenaan arahan DBKL yang menutup operasi pasar pagi terbuka dalam tempoh PKP daripada 1 – 14 Jun 2021, tetapi membenarkan pasar berbangunan, bazaria dan pusat penjaja beroperasi daripada 8 pagi – 8 malam dalam tempoh PKP ini.
Arahan DBKL tersebut adalah layanan dua darjat bagi aktiviti perniagaan penjaja dan peniaga kecil. Bukankah operasi dan perniagaan pasar pagi terbuka adalah sama dengan operasi pusat penjaja, pasar berbangunan dan bazaria? Kenapakah DBKL mengamalkan layanan dua darjat bagi perniagaan kecil tersebut?
Sebenarnya, pengudaraan pasar pagi terbuka adalahlebih baik berbanding dengan pasar berbangunan dan pusat penjaja, maka lebih selamat bagi pelanggan.
Pelanggan yang membeli-belah di pasar berbangunan adalah sama seperti membeli-belah di pusat membeli-belah (Shopping Mall) yang mempunyai pengudaraan tertutup, yang mana lebih mudah bagi Coronavirus disebarkan. Itulah sebab kerajaan menyeru orang ramai kurangkan masa membeli-belah di Shopping Mall.
Selain itu, kenapakah operasi pusat penjaja dan bazaria dibenarkan oleh DBKL? Bukankah operasi pusat penjaja dan bazaria agak sama dengan pasar pagi terbuka dan juga pasar malam?
Saya faham hasrat kerajaan untuk mengurangkan peluang orang ramai berhimpun demi mengurangkan penyebaran coronavirus, tetapi segala arahan PKP mestilah dikeluarkan secara rasional, supaya arahan kerajaan tidak dilihat seolah-olah layanan dua darjat.
Apa yang penting ialah kesemua aktiviti perniagaan penjaja kecil ini dilakukan mengikut SOP kerajaan.
Saya menyeru Menteri Wilayah Persekutuan menyemak semula arahan PKP bagi semua jenis perniagaan kecil khususnya pasar pagi terbuka.
Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh
9 Jun 2021

What's your reaction?

Excited
0
Happy
0
In Love
0
Not Sure
0
Silly
0

You may also like

Comments are closed.

More in:News